Kusut tapi lega!!
1 mac 2007, maka dengan rasminya 9 tahun aku telah berkecimpung dalam so called kerjaya dgn syarikat swasta bumiputera. Jawatan pada name kad tu memang impressive. Mak bapak aku pun tak tahu nak sebut, bila orang tanya aku ni kerja apa. Pengalaman? Pendek kata panjang cerita, boleh dikatakan dah expert dlm hal2 kontrak IT ni.
1 Mac 2007 jugalah aku & semua staff kat opis aku diberi 3 opsyen:
option 1: Kerja as a “freelance”. Cari projek, lepas tu bawak masuk kat company dia baru aku diberi komisen. Bijak2..
option 2: Pegi ambik kertas, taip atau tulis sendiri surat letak jawatan..paksa rela
option 3: Bawak masuk projek juta2, jumpa boss besar, yakinkan dia bahawa layak untuk dapat gaji..
Ermm…option mana yang patut aku pilih? Aduh kust ..mana lagi nak bayar semua ni..tapi aku rasa satu batu besar sudah hilang dari atas kepala aku..Lega!!
So, ini opis baru aku. Tempat aku bikin semuanya…






Leave a Reply